Headkedaiwanita2u.gif
-
laman-utama.gif
 -
order-now.gif
 -
hubungi_kami.png
soalam_lazim.png
contoh_pembungkusan.png
 -

Untuk Bantuan :
Pn. Izan : 019-3874088
Email :
tanya@kedaiwanita2u.com

 -
Yahoo Messenger
-
Woman1.gif
Woman2-1.gif
Woman3-1.gif
Woman4.gif
Woman5-1.gif
Woman6.gif
Woman7-1.gif
Woman8.gif
Woman9.gif
-

 

  salindahb.jpg

                           SET BERSALIN LENGKAP SALINDAH
                              Harga Pasaran RM370.00
                     Harga Promosi : RM360.00 (Pos Percuma)

APA ITU SALINDAH ?


 "Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari
  Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"

Kesesuaian

Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

Keterangan

Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah,
loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk,
selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
 
Metod Perubatan
Homeopati, Biokimia dan Herbalisme

Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah

dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan
alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia
 yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap
masalah meroyan selepas bersalin.

Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma

kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya.
Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh
rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat
menikmati saat dan detik seperti itu.

Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif

kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan
berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit "Down Syndrome".

Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk

memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan
tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah
tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif,
maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah
dan saintifik selama beberapa tahun.

Akhirnya pada tahun 1981, Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui

dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu
bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat
tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.

Anda juga akan mengikuti perkembangan bayi dari bulan ke bulan dan seterusnya

mengetahui rahsia, khasiat dan penggunaan Salindah di peringkat awal mengandung
dan selepas bersalin yang telah terbukti berkesan membantu ibu bersalin
dengan mudah dan melahirkan bayi yang sihat lagi pintar.
 
Salindah telah mendapat kelulusan Kementerian kesihatan Malaysia.

   1. MAL05092335T
   2. MAL05092336T
   3. MAL05092337T
   4. MAL05092339T
   5. MAL05092338T
   6. MAL05092340T
   7. MAL05092341T
   8. MAL05092342T


Pengambilan salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil,

tetapi masih sempat mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.

Apa tujuan anda makan salindah ?


    Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah,
    comel, & cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3
    Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6
    Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas,
    bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin


Kenapa Salindah

Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan
dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri
daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa.
Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan

ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar.
Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Perhatian!

Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu
akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

Khasiat

Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan,
menyuburkan perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran,mudahkan bersalin,
menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin.
Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.

 Pemakanan dan Khasiat Set Bersalin Salindah

 B1 Mulai minggu ke 12 hamil
Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh
setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan
muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian.
Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala,
sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah.
Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki.
Menghilangkan letih lesu.

 B2 Mulai minggu ke 24 hamil
Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan  
membina otak tian, disamping menambah darah.
Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang
dan kebas anggota kaki dan tangan.
Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi.
Mencegah osteoporosis.
 B3 Mulai minggu ke 28 hamil
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak.
Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang.
Mencegah simpul biawak atau krem betis.
Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
 B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan
alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin,
sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan
dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut
kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi.
Menghilangkan perasaan takut dan cemas.
 B5 Mulai 2 minggu sebelum bersalin Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4,
mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan
dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
 B6 Mulai 1 minggu sebelum bersalin
Remedi ini menguatkan teranan,
menolong mengurangkan sakit waktu bersalin,
mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak,
membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit
lepas bersalin.
 L7 Selepas bersalin
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka
atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka
atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.
 L8 Mulai 5 jam selepas bersalin    
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini.
Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit,
menghentikan darah, mencegah sakit meroyan,
demam dan sakit kepala.
 L9 Mulai hari ke 2 selepas bersalin Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin
dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas,
membetulkan urat - urat darah yang putus,
menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota
 L10 Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan
menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal.
Mengurangkan simpul urat biru.
 L11 Mulai hari ke 7 selepas bersalin Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan,
menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis.
Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas.
Menyegarkan rahim dan alat peranakan.
 L12 Mulai hari ke 21 selepas bersalin    
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin
sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan,
memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Cara Makan Salindah

    Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak
    atas lidah dan kemam sehingga larut.
    Jangan sentuh dengan tangan
    Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari,
    makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin
    Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik
    Jangan gunakan sudu besi


Cara Pengambilan dan Penggunaan


Dari awal hamil / 3 bulan hingga bersalin


    B1  (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari.
        Makan hingga habis
    B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari.
        Makan hingga habis
    B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari.
        Makan hingga habis
    B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari.
        Makan sehingga    bersalin
    B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari.
        Makan sehingga bersalin
    B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari
        (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
 
Selepas bersalin


    L7  (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
    L8  (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis.
         (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
    L9  (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
    L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
    L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2
          sudu 3 kali sehari sebelum makan
    L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10
          makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Bagaimana Salindah Berfungsi?

Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil,
antaranya zat besi,
vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen ini
memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan
perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya
membuat ibu bertambah selera dan ini
menyebabkan janin tumbesar sehingga menyulitkan masa bersalin.

Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah 
dan mudah serap ke
dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah,
mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah,
mencegah simpul biawak (atau varikos vena). Bertindak dengan B2-
ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia.
B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak,
di samping membantu penghadaman ibu.
B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3
kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan.
Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap.
Pertumbuhan janin yang tidak besar
dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat
biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf,
B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.

Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6

berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin
(ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!),
menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran
dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus)
untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin,
dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil
yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia
pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.
 

laman-utama.gif
 
order-now.gif