-
laman-utama.gif
 -
order-now.gif
 -
hubungi_kami.png
soalam_lazim.png
contoh_pembungkusan.png
 -

Untuk Bantuan :
  SMS/WhatsApp: 019-3874088
Email :
tanya@kedaiwanita2u.com

 -
Yahoo Messenger
-
Woman1.gif
Woman2-1.gif
Woman3-1.gif
Woman4.gif
Woman5-1.gif
Woman6.gif
Woman7-1.gif
Woman8.gif
Woman9.gif
-
 
set_bersalin_spama_header.jpg
 
SET BERSALIN SPA & MA

HARGA PASARAN RM330.00
HARGA PROMOSI RM300

Jimat RM30++ POSLAJU PERCUMA

Spa & Ma adalah produk terbaru keluaran Beauty Garden Worldwide. Hasil kejayaan dan maklum balas yang sungguh memberansangkan daripada pengguna yang sungguh berpuas hati dengan Jamu Ratu Dara dan Ratu Mirifica Plus serta atas permintaan semua pengguna setia produk keluaran syarikat kami, kini dengan rasa penuh berbesar hati kami di Beauty Garden Worldwide telah menghasilkan Spa & Ma Maternity Set bagi membantu seluruh kaum ibu yang moden untuk melalui fasa berpantang dengan lebih mudah, ringkas dan selesa seperti anda mendapat rawatan khusus di spa. Kami bertungkus lumus telah berusaha untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik bagi semua. Memenuhi kepuasan dan citarasa pelanggan adalah keutamaan bagi kami dan setiap produk yang terdapat di dalam Spa & Ma Maternity Set adalah terbaik bagi memenuhi kehendak para ibu. Kami menitikberatkan segala aspek dari permulaan pembuatan, pembungkusan sehinggalah produk ini sampai ke tangan pelanggan. Kini lahirnya Spa & Ma Maternity Set yang cukup lengkap dengan 11 produk terpilih yang terbaik di dalam setiap set
      

                    KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SPA & MA MATERNITY SET                         
    * Sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 jenis produk yang terbaik dan terpilih sahaja mengikut keperluan ibu yang sedang berpantang.
    * Sangat fleksibel dan lengkap dimana ianya sangat sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau  secara pembedahan.
    * Bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belaian yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.
    * Ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di spa.
    * Produk Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
    * Terbukti bersih dan halal.
    * Setiap produk yang dipasarkan adalah berkualiti tinggi dengan harga ekonomi.

 

set_bersalin_spa_ma2.jpg

Kandungan Produk Set Bersalin SPA & MA

 

HERBA MANDIAN SPA
Herba Mandian Spa ini sangat praktikal kerana ia didatangkan di dalam bentuk uncang. Penggunaan Herba Mandian Spa ini dapat menenangkan emosi pengguna seolah mendapat rawatan khusus di spa. Herba Mandian Spa sangat menjimatkan kerana uncang yang telah digunakan boleh digunakan untuk beberapa kali mandian. Menariknya herba mandian ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian. Paling istimewa tentang Herba Mandian Spa ini adalah ia mempunyai bau yang sungguh harum dan menenangkan sebelum ianya direbus lagi.

JAMU RATU DARA
Jamu Ratu Dara ternyata berbeza kerana ianya tidak panas seperti jamu lain yang terdapat di pasaran. Ibu yang sedang menyusukan bayi juga boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara kerana ia bertindak untuk memperbanyakkan air susu ibu sewaktu dalam tempoh berpantang. Malah bagi ibu-ibu yang mengidamkan bentuk tubuh badan yang langsing selepas bersalin Jamu Ratu Dara ini dapat menurunkan berat badan anda dengan berkesan. Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.

FEMININE CLEANSER
Feminine Cleanser mempunyai bau yang sangat harum dengan suntikan aroma hebat seperti lavender, rose dan cinnamon yang sungguh asyik dan menenangkan seolah anda berada di spa. Teksturnya yang lembut serta mengeluarkan banyak buih sangat sesuai bagi semua jenis kulit. Selain keharuman, Feminine Cleanser ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan dan kesihatan yang sempurna di bahagian intim anda. Anda akan merasa belaian Feminine Cleanser dengan kesegaran dan kesejukan sepanjang hari setiap kali anda menggunakannya. Pastinya Feminine Cleanser ini dapat meningkatkan hubungan intim suami isteri kerana aspek kebersihan di bahagian sensitif ini kian rapi dan terjaga.

PILIS HERBA
Pilis Herba ini berbau harum berbanding dengan pilis lain. Kami sangat menitikberatkan tentang keselesaan ibu bersalin dimana pastinya mereka sangat memerlukan sesuatu yang tidak menggangu fikiran dan emosi mereka ketika sedang berpantang. Pelbagai aspek telah kami pertimbangkan sebelum mengeluarkan produk Pilis Herba ini. Ini kerana kami melihat kebanyakan Pilis yang terdapat di pasaran adalah berbentuk serbuk. Kami lebih menekankan aspek mesra pengguna dimana ia lebih mudah dan cepat untuk digunakan kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Dengan Pilis Herba ini anda tidak perlu lagi membancuh serbuk pilis dengan air.

EXTRA VIRGIN COCONUT OIL
Minyak Kelapa Dara adalah produk yang sangat bermutu tinggi. Rata-rata pengguna tahu akan kelebihan yang tedapat di dalam Minyak Kelapa Dara ini kerana ianya mengandungi pelbagai khasiat yang sungguh menakjubkan. Pelbagai kajian telah dibuat dan ternyata Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang paling baik dan mendatangkan pelbagai kesan positif terhadap penggunanya berbanding dengan minyak lain. Kebanyakan pengguna yang hamil mengakui bahawa minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan proses melahirkan bayi dan dapat membantu menghilangkan “stretch mark” (pada perut) selepas bersalin.

TUNGKU HERBA
Tungku Herba ini dirumus dari akar kayu, herba terpilih dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Tungku Herba berfungsi sebagai “batu tungku” yang mudah dan ringkas. Pelbagai kebaikan diperoleh dari Tungku Herba ini kerana kehangatannya dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan rempah ratus dan herba ke dalam tubuh. Tungku Herba ini ternyata lebih fleksibel dan ringan untuk digunakan oleh para ibu selepas bersalin. Tidak perlu lagi bersusah payah mencari batu, membakar batu tungku, mencari herba yang sesuai serta tidak lagi perlu membuang masa untuk membalut batu tungku.

LULUR FRANGIPANI
Lulur Frangipani berbeza dengan lulur lain kerana Lulur Frangipani ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kesat. Baunya yang harum dapat membangkitkan ketenangan dan keselesaan kepada pengguna. Lulur Frangipani ini juga mesra pengguna kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Paling istimewa lulur Frangipani ini mengandungi Collagen, Garam Himalaya serta Glutathione yang dapat mengahalus dan menggebukan kulit.

BENGKUNG RATU
Bengkung Ratu adalah bengkung gabungan tradisional dan moden yang dicipta khusus bagi wanita selepas bersalin yang mengimpikan bentuk badan yang langsing serta menawan. Bengkung Ratu ini sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh dan pinggul yang ideal kepada para ibu yang baru saja melahirkan bayi. Bengkung Ratu dapat mengembalikan bentuk badan asal, mengempiskan perut serta merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin.

SHAPE-UP LOTION
Shape-Up Lotion ini tidak seperti losyen biasa kerana ianya tidak berminyak malah mudah menyerap ke dalam kulit. Shape-Up Lotion ini juga agak panas tetapi dijamin tiada rengsaan terhadap pengguna. Ianya juga istimewa kerana sesuai digunakan untuk seisi keluarga malah ianya ringan dan mudah dibawa ke mana saja.

MINYAK SERI HERBA
Minyak Seri Herba diformulasi khas untuk mengembalikan tenaga ibu bersalin. Ia juga bertujuan untuk memberi kesegaran yang berterusan sewaktu tempoh berpantang. Minyak Seri Herba ini berperanan untuk mengurangkan sakit kepala, simptom reumatik, sakit tekak dan juga sakit pada otot-otot, arthritis, gout dan ulser. Ia mengandungi menthol untuk memberi keselesaan kepada pengguna kerana sifatnya yang berangin dan sejuk.

GAMAT EMULSION
Ramai yang sedar akan kebaikan Jeli Gamat namun tidak ramai yang ingin mengamalkannya kerana teksturnya yang berbau hanyir. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana Gamat Emulsion ini dihasilkan khas dalam tekstur yang tidak lagi berbau. Malah bagi mendorong anda untuk lebih cenderung mengamalkannya, kami datangkan Gamat Emulsion ini dalam bentuk berperisa Oren. Ternyata ianya lebih sedap dan berkhasiat.

                                         SOALAN BERKAITAN SET BERSALIN SPA&MA                                   


Apakah keistimewaan Spa & Ma Maternity Set berbanding set bersalin yang lain di pasaran?

Keistimewaan Spa & Ma Maternity Set berbanding dengan set bersalin lain di pasaran ialah Spa & Ma Maternity Set sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 produk yang terbaik dan terpilih sahaja. Spa & Ma Maternity Set ini juga sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Ia bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belain yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran malah ianya ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di spa. Spa & Ma Maternity ini adalah produk keluaran Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling penting ianya terbukti bersih dan halal.

Apakah kebaikan jamu untuk orang yang sedang berpantang?

Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim. Bagi ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan boleh mengambil Jamu Ratu Dara pada hari ke-20 dalam pantang.

Bolehkah mereka yang bersalin secara caesarean mengamalkan Spa & Ma?

Boleh. Bagi ibu yang bersalin secara caesarean boleh mengamalkan Spa & Ma Maternity Set tanpa sebarang keraguan.

BENGKUNG:
Berapa lamakah tempoh untuk memakai bengkung?

Bengkung Ratu boleh mula dipakai pada hari ke-2 berpantang. Kami mengesyorkan anda untuk memakai Bengkung Ratu setiap hari sekurang-kurangnya 12 jam selama 44 hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Bentuk badan yang lebih langsing boleh diperolehi  dengan lebih cepat sekiranya anda konsisten dan memakainya dengan tempoh yang lebih lama.

Bolehkah memakai bengkung walaupun melahirkan secara caesarean?

Bagi ibu-ibu yang melahirkan cara caesarean, kami mengesyorkan pemakaian Bengkung Ratu dipakai selepas jahitan telah sembuh iaitu sekurang-kurangnya selepas 2 minggu.

Apakah kelebihan Bengkung Ratu berbanding bengkung lain?

Bengkung Ratu berbeza daripada bengkung lain kerana ia diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti tinggi iaitu kain belacu. Pemilihan kain yang digunakan adalah tidak gatal, tidak memeri malah ianya juga tidak mengecut. Kain Bengkung Ratu ini amat senang untuk dicuci serta ianya adalah bengkung yang tahan lama dan boleh digunakan sehingga 10 – 15 tahun. Bengkung Ratu ini didatangkan dengan dua tali di sebelah bawah kanan dan kiri bengkung bagi memudahkan untuk dipakai sendiri tanpa bantuan orang lain.

HERBA MANDIAN SPA
Bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan Herba Mandian Spa?

Cara yang sesuai untuk menggunakan Herba Mandian Spa adalah dengan memasukkan  satu uncang Herba Mandian Spa ke dalam air. Rebuskan uncang sehingga mendidih dan campurkan air yang telah direbus bersama dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi. Jiruskan air rebusan Herba Mandian Spa ke seluruh badan dari leher hingga ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam tubuh.Kemudian keringkan uncang yang telah digunakan di tempat yang panas atau terbuka untuk pengunaan selanjutnya.

Adakah perlu menjirus air Herba Mandian Spa hingga ke kepala?

Tidak perlu. Elakkan menjirus air rebusan herba ke kepala dan rambut bagi mengelakkan sakit kepala dan keguguran rambut. Gunakan air biasa untuk menjirus bahagian kepala anda.

Bolehkah mereka yang tidak berpantang menggunakan Herba Mandian Spa?

Boleh. Sangat digalakkan. Ini kerana Herba Mandian Spa ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian.

FEMININE CLEANSER
Bagaimanakah cara penggunaan Feminine Cleanser?

Cara penggunaan Feminine Wash yang betul ialah dengan tuangkan cecair ke atas tapak tangan, sapu dan cuci Miss V sehingga diyakini bersih serta bilas dan keringkan dengan tuala bersih.

Bolehkah Feminine Wash ini digunakan dengan kerap?

Boleh. Feminine Wash ini boleh digunakan setiap kali anda mandi.

GAMAT EMULSION
Apakah kebaikan Gamat Emulsion kepada ibu yang berpantang?

Gamat Emulsion adalah satu antiseptik yang cukup terkenal dalam menyembuhkan luka. Gamat Emulsion ini amat penting dalam proses penyembuhan bagi ibu selepas bersalin. Hal ini kerana gamat mengandungi kandungan protein yang amat tinggi. Ia dapat membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan, mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan, memperbaiki sel-sel yang rosak, melegakan lemah badan selepas bersalin serta dapat memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin.

Apakah keistimewaan Gamat Emulsion ini berbanding Jeli Gamat lain di pasaran?

Gamat Emulsion ini dihasilkan khas dalam tekstur yang tidak lagi berbau. Malah bagi mendorong anda untuk lebih cenderung mengamalkannya, kami datangkan Gamat Emulsion berperisa Oren. Ternyata ianya lebih sedap dan berkhasiat.

LULUR FRANGIPANI

Apakah keistimewaan Lulur Frangipani berbanding lulur lain?

Lulur Frangipani berbeza dengan lulur lain kerana Lulur Frangipani ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kesat. Baunya yang harum dapat membangkitkan ketenangan dan keselesaan kepada pengguna. Lulur Frangipani ini juga mesra pengguna kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Paling istimewa lulur Frangipani ini mengandungi Collagen, Garam Himalaya serta Glutathione yang dapat mengahalus dan menggebukan kulit.

Bagaimana cara untuk menggunakan Lulur Frangipani?
Gosokkan lulur secara merata ke bahagian tubuh, leher, dada, lengan hingga ke kaki. Seeloknya berikan perhatian pada bahagian tersorok kerana bahagian itu terdapat kekotoran dan sel kulit mati yang tebal. Setelah selesai, bilas tubuh dengan air sehingga bersih. Gunakan sebelum mandi.

set_bersalin_spa_n_ma1.jpg