Headkedaiwanita2u.gif
-
laman-utama.gif
 -
order-now.gif
 -
hubungi_kami.png
soalam_lazim.png
contoh_pembungkusan.png
 -

Untuk Bantuan :
Pn. Izan : 019-3874088
Email :
tanya@kedaiwanita2u.com

 -
Yahoo Messenger
-
Woman1.gif
Woman2-1.gif
Woman3-1.gif
Woman4.gif
Woman5-1.gif
Woman6.gif
Woman7-1.gif
Woman8.gif
Woman9.gif
-

 

makdara4.jpg

SET BERSALIN IBU HALIMAH MAK DARA
Harga Pasaran : RM350.00
Harga Promosi : RM 340.00 (Pos Percuma)


Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin
yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang,
100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak
bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat
sehingga 40 hari yang pertama. Jarang wanita lepas bersalin
merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara
seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah
dan badan berjerawat. Ibu bersalin merasakan dirinya tidak menarik lagi.
 
Set Bersalin Mak Dara Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun
 keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum.
Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak
mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung
tradisional Melayu. Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi
bagi masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititik beratkan oleh emak
Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Senarai barangan Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara

set-bersalin-jamu-mak-dara.jpg

 Produk  Kandungan
Jamu Mak Dara serbuk
1 kotak 250 gram
Jamu Mak Dara kapsul 2 botol 60 biji kapsul(perbotol)
Losyen param 1 botol 120 ml
Pilis 1 bekas 200 gram
Bedak sejuk 1 bekas 200 gram
Rempah mandi 1 bungkus 100 gram
Bengkung 1 helai
Tungku kukus berherba 1 unit

Maklumat Lanjut & cara penggunaan Set Bersalin Ibu Halimah

JAMU MAK DARA SERBUK

 jamuserbuk1.jpg

Cara Penggunaan
Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara ke dalam
setengah cawan air panas.
Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air
Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan
dengan segelas air suam untuk melancarkan proses
penyerapan jamu.
Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah
dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.
Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari
setiap pagi dan malam sebelum makan.

JAMU MAK DARA KAPSUL

jamumakdra1.jpg 

Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali
sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais,
air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai,timun,
buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
Juga elakkan makanan berlemak,berkuah
dan berair seperti kobis, seeloknya sehingga
selepas pantang kerana jika di ambil
berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

 LOSYEN IBU HALIMAH

losenmakdara1.jpg

Cara Penggunaan
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada,
lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke
pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.
Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini
adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari
dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk
mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan
mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

 PILIS MAK DARA

pilismakdara.jpg

Cara Penggunaan
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.
Khasiat
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun
dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata
yang biasa di alami ibu baru lepas bersalin.

 BEDAK SEJUK MAK DARA

 bedaksejukmakdara.jpg

Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan
air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka
seperti pipi, dagu ,leher dan bahagian lain untuk
menghilangkan kesan kesan hitam. Biarkan sehingga
kering dan cuci apabila perlu. Seeloknya
di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak
sejuk dapat di serap oleh kulit.
Khasiat
Bedak sejuk untuk liang liang kulit serta menghilangkan
kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa
kelihatan segar dan berseri.

 REMPAH MANDI MAK DARA

 

  rempahmakdara.jpg

Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air
sehingga mendidih.
Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur
ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian)
mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh di gunakan
sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan
ibu dalam tempoh berpantang.
Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk
mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan
dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk
Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam
akibat kulit pecah.

 BENGKUNG MAK DARA

 

bengkungmakdara.jpg

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai utk di gunakan sebgai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah
dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan
kemas kemudian masukkan tali bengkung kedalam lubang
yang sedia ada.pastikan tali di masukkan dengan ketat agar
kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengukut
lubang–lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan
ikatan yang ketat dan kemas . Ada lah di nasihatkan kepada
para ibu untung menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu
sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen
dan ikatan kemas bengkung dapat merepatkan tulang pinggul
dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus
selepas mandi terus ke malam sehingga tidur
selama tempoh berpantang.
Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul
dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi.
Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian
perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga
dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan
penggunaan yang kerap dan betul.

 TUNGKU HERBA KUKUS

 

tukumakdara.jpg

Tungku herba ini di perbuat herba dan rempah ratus
yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi.
Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan
kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka
liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan
kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu
tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba
selama lebih kurang 20 minit.Lapiskan dengan satu
lapis kain sekira nya panas kemudia tuam pada bahagian
yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku
menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya
selepas di gunakan sebelum di simpan.
Khasiat
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan
sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat
mempercepatkan proses pembakaran lemak dan
memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

  Untitled.jpg

** Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan &
     petua di dalam pantang**

laman-utama.gif
 
order-now.gif